Followers

Saturday, November 27, 2010

.Adik Akim Sayang.

tido memang la selalu dengan aku bila aku balik umah. kalau tido sorang-sorang tak nak. memang manja. so, besanya dia tido dengan aku lah sepanjang aku ada kat umah ni. ya, adik aku paling kecik sekali. Mohamad Hakime. Dah besar. Umur 7 tahun. dah pandai berfacebook pon. ceh! sapa ajar? aku jugak. hahahahaha. tgah aku sibuk kemas-kemas rumah arini, tibe-tibe aku dengar die panggil. “Kak Tie, nak melayari facebook!!”. tersenyum aku depan sinki [tengah basuh pinggan masa tu]. skema adik aku. yerla, kecik-kecik tak pandai rosakan bahasa. wakakakak~!. cerita pasal adik aku ni, tibe-tibe aku teringat kejadian pagi tadi….

adik aku yang syok-syok tido dengan aku kelam kabut bangun. aku pun terkejut la kenapa dia bangun bukak pintu. aku pun baru nak bangun masa tu. tengok jam hp, a’ah pukul 6.35 pagi. bapak and mak aku yang dah bangun masa tu pun pelik kenapa adik aku tu tibe-tibe bukak pintu dapur. nak amik something katanya. bila di tanya…. “Akim! nak pergi mana? gelap lagi!” kata bapak ku. aku pun tunggu dengan peliknya. apelah agaknya mimpi die bangun awal-awal. dah cuti sekolah. tibe-tibe dengar adik aku jerit daripada luar. “Akim nak bakar lemang abah!, buat sarapan pagi!”. Wakakakakakaka!!!!!! aku yang rasa mengantuk tadi, ketawa terbahak-bahak dengar adik aku kata nak masak lemang. lagi bangga jadi akak dia bila aku dengar adik aku amik beras kat dapur and nak myalakan api guna dapur masak tu. hahahahahahha… tak henti aku ketawa. petik-petik, api tak nyala. mula la nak marah. yang bapak aku lagi terbaik. melayan pulak kerenah adik aku tu. Dialog die macam ni:

Akim : Abah cepat la tolong akim ni. tak hidup apinya. nak bakar lemang. boleh buat sarapan [aku makin kuat gelak!]

Abah : Akim nak bakar lemang macam mane?

Akim : Guna beras dengan air la [Aik?? stau aku lapik daun pisang, guna santan. mane datang air ni? ke aku yang tak tau]

Abah : Ada pulak letak air. meletup kang buluhnya. [hahahahaha, bapak aku kaki saiko!]

Akim : Ala, tak boleh menyala ni. cepatla bah!

haahahahahhahaha… mana aku boleh tahan baring je dalam bilik. nak jugak kalut-kalut saiko die. hahahhahaaa..

Akim : ko nak apa ni? arini aku yang buat sarapan. [giler die cakap macam orang besar! padahal aku hari-hari masak breakfast. ceh! lawan tokey!]

Aku : ko masak tak sedap. biar kak tie yang masak nasi goreng sardin kejap lagi. dah buang buluh tu.

Akim : Kak Tie tu berlagak la tu! [hahahahhahahahahaha, aku gelak lagi. memang gaya cakap macam orang besar!]

setelah aku siasat, kisahnya macam ni. punya suka merayap and degilnya adik aku ni, semalam dia merayap rumah jiran aku. rupanya jiran aku bakar lemang. hahahahaha. patutla die beria-ia nak masak. memang tak boleh bla adik aku ni. habis kisah tu, balik pada kisah melayari facebook tadi. dia bangga canang kat semua orang yang dia ada facebook. anak-anak jiran aku nganga je la bila dia sebut facebook. tak tahu ape. ish ish! dah giler adik aku ni. high tech betol. besalah budak zaman sekarang. semua tahu. yang bahagia jadi adik aku ni, semua benda dia dapat. yerla, kakak2 and abang die semua dah besar. hahahahaah. bila di tanya, akim ingat tak kak tie jaga akim masa kecik? basuh kencing, ukk ukk sume? sedap jer die jawab.. “Ala, sorry la, tak ingatla kak tie, sorry tau!”. hahahahahahahaha. tergelak aku dalam hati and terfikir “dah besar rupanya adik aku”. yerla, mana taknya. dia membesar depan mata aku. pape pon sayang adik aku.

Bila di tanya lagi “ Akim besar nak jadi doktor kan? Kak Wawa dah jadi Chemist, Kak Tie nanti jadi Engineer, Abang Ait dengan Kak Cut nanti jadi arkitek. Akim doktor lah! Tau! “ mak aku pulak bunyi. Macam kita-kita dulu, kecik-kecik mesti ada cita-cita sendiri. kalau tanya aku, aku nak jadi apa, dulu aku nak jadi lawyer! aku suka bercakap sampai sekarang. at last, aku pilih course tuk jadi Chemical Engineer. tapi adik aku punyer cita-cita waktu kecik ni pelik. die memang maju dari semua orang. nak ada 2 kerjaya dalam satu masa. “ Akim waktu siang nak jadi bomba! bila malam je nak bawak lori sipot! hahahahahhahahahhahahaha…tergelak lagi aku bila ingat. “Lori sipot!” tu lori yang process cement tuh. pelik-pelik.. Memang aku sayang sangat adik aku ni.

291120091420

From Left : Kak Cut, Kak Wawa, Kak Tie [Aku] and Abang Ait (Kami semua sayang Hakime)

DSC02973

Yang penting Kak Tie sayang Akim

DSC00484

Hello! My Name is Mohamad Hakime Jamburi. Wanna hire me as your 007?

nota.waktu.kecik : Aku pernah bermimpi nak jadi Sailormoon dulu. muahahahahaha. Smile

1 comment:

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!