Followers

Friday, November 26, 2010

.HINT daripada Tuhan.

Kalau nak disebut ape yang berlaku, memang takkan habis sampai kesudah masalah aku.cuma orang yang dekat dengan aku tahu masalahnya. mungkin sekali lagi aku patut benarkan apa yang orang kata, tak payah terlalu memikirkannya. mungkin aku terlalu sibuk hal dunia yang besar ni sampai lupa diri sendiri. biasanya kalau orang ada masalah, apa yang dicari cuma kesabaran dan keredhaan. Benda yang jadi ni buat aku sedar dan percaya. Allah datangkn ujian setimpal dgn kemampuan hambaNya. fahamilah bahawa kemampuan,kemahiran and kesukaan seseorang itu berbeza-beza.

Firman Allah: “ Allah tidak membebani seseorang hamba melainkan sesuai dgn kesanggupannya” (AlBaqarah:286)

Pernah aku minta nasihat pada orang yang lebih tahu dan arif tentang masalah dunia aku. Apa yang dikatakan olehnya adalah, apa yang berlaku dalam hidup aku, mungkin Allah nak bagi ‘HINT’. Pertama kali aku dengar, aku tersenyum sendiri. tak sabar nak tunggu hint apa. besa hint yang aku dapat waktu exam je. tapi tu pun aku buat tak peduli je hint tu. at last, xdapat jawab sebab overconfident. tapi hint kali ni bukan hint main-main sebab ni hint daripada Allah. mungkin. hati aku melonjak tertanya-tanya.

“YA! HINT DARIPADA ALLAH SUPAYA AKU BERMUHASABAH DIRI”


Setelah aku ceritakan semua masalah hati aku pada seseorang ni, dia mula buat kesimpulan, dan menjelaskan tentang hint yang dimaksudkan.


Ya, hint yang dimaksudkan adalah kemungkinan sebelum ni sayang aku terlebih atau terlalu sayang pada dia. sehingga bila dia tak ada aku hopeless dan kadang-kadang sayang aku pada-Nya terkurang. Jadi dia menghantar ujian [menarik orang yang kamu sayang itu] supaya aku sedar dan lebih memberikan perhatian kasih kepada-Nya. macam tu lah bait-bait kata orang yang tak boleh dinamakan itu. tapi aku kurang faham dengan maksud ‘menarik orang yang kamu sayang itu’. lalu dijelaskan pada aku lagi, menarik orang yang aku sayang itu bermaksud Tuhan menjauhkan orang yang aku sayang itu dengan aku. ya aku mula sedar. itu lah yang berlaku dalam hidup aku. tuhan jauhkan aku daripada soulmate aku. itulah hint yang diberikan pada aku. Rancak aku bertanya, kenapa hint sebegini yang diberi pada aku? lalu dijawab, dan mungkin aku terlalu sayang pada orang tersebut lebih daripada Dia, mungkin Dia cemburu. Cemburu itu bukan seperti sifat manusia. Dia mahu aku lebih dekat dengannya. sudah lumrah manusia, bila ada masalah, baru nak menghadap tuhan. beribadat. berdoa dan lain-lain.

munajat_by_gazoleena

Ada masalah baru nak berdoa?mengadu?

tersentap seketika aku mendengarnya. dan lalu dikatakan kepada aku “ Kamu sangat bertuah sebab dapat hint tu daripada-Nya”. Ada hikmah pada setiap yang berlaku itu. aku rasa nak menangis masa tu. memang aku akui semua tu betol. sebab selama ni aku fikir soal dunia, belajar. sibuk sampai kadang kala aku melengah-lengahkan segalanya. dan paling benar sekali, sayang aku yang melampau pada orang yang di kenali sebagai soulmate ku. Terima kasih aku pada orang yang menasihati aku itu.


masih terngiang-ngiang pesanan terakhirnya, “ Setelah kamu menyayangi Dia lebih daripada soulmate kamu, dia akan mendekatkan kembali kamu pada soulmate kamu. jangan bimbang, sayang itu akan ada selalu”. aku cuma senyum dengan kata-kata dia. apa yang keluar daripada mulut aku? “ALHAMDULILLAH”. Aku mula faham. kali ni aku akan guna hint tu sebaik-baiknya dan aku tak akan ignore mcm ne aku ignore hint kat final exam. Semuanya akan baik-baik seperti sedia kala. Terima Kasih semua yang membaca. harap ambil iktibar.

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!