Followers

Friday, November 19, 2010

.Melaka+Awet Muda (tips daripada Abang).

Duduk rumah time cuti ni memang tak ada benda lah yang aku buat. jangan tanye kenapa aku rajin update blog. banyak cerita. and paling best sekali cerita aku gi rumah membe aku, Siti Rahimah Abu Bakar [aka Rahimah Abu Bakar kat FB-bole cari sape nak kenal. kikikih] beberapa minggu lepas. Sangat seronok sampai tak tercerita dekat blog ni. nak taip pon xbest kan. kalo la ada voice uploader masyukkk!!.

Habis je exam 4hb, azab pon habis tuk seketika. duduk dekat Shah Alam untuk menenangkan fikiran sebelum dilambakkan dengan kerja harian bila balik Mersing Johor. Lebih kurang seminggu dok Shah Alam after exam, g saiko orang yang nk amik exam dekat faculty, antar assignment sume, aku memang nak habiskan waktu ni dengan jenjalan. if dah balik Mersing, sure la rutin akan jadi mandi pantai je. lol. Waktu tu, aku teman la si rahimah ni pindah barang [sehari sebelum ke Melaka]. Mood waktu tu excited tak hingat. Al-maklum la nak balik kampung. Aku orang Felda, mana sama dengan kampung. View pon tak sama. aku tak tahu la if tempat lain. Balik Melaka naik kereta. Wah aman dunia. tak payah bersesak-sesak kat Bukit Jalil. Credit diberikan pada Anep kawan Ema. Hahahaha. Sape nama dia. siap antar sampai rumah lagi. Mcm biasa lah bila sampai umah orang, beradap sket ler. salam, mandi. ari first rest-rest dulu.

Name kampung die ni Kampung Sungai Petai, Alor Gajah. Nape name die mcm tu aku lupe nak tanye. yang pastinye belakang umah die ada pokok petai. weeeee~~~. sebab tu kot. aku tak sempat nak ronda satu kampung. petang hari first tu kawan aku tu bawak la jalan dekat-dekat dengan rumah die. ambik angin petang. Tengok lembu, tengok sawah. tengah jalan-jalan punye ‘perghak’ yer aku, tibe-tibe terkejut bila mengkarung lalu depan mata. terkejut nak mati aku. mcm nampak rimau lalu. pastu time tu lah lembu-lembu tu nak bunyi sakan. lagi lah terjerit aku. bukan tak pernah dengar, tapi dah lama tak duduk kampung. ni lah padah die. orang kata mcm jakun lah. tak pernah tengok, tak pernah dengar. setelah tenang, aku gi lah umah nenek kawan aku ni. tengok ayam serama. Wah! menarik lagi. sejak study ni, dah lama tak tgok benda macam ni. kalo dulu abah suruh gi kebun potong tandan kelapa sawit boleh je, tapi sejak study ni aku dah tak larat nak angkat parang panjang tu. ape tah lagi potong. giler handicap! xda stamina langsung. nak masuk paya pon pikir 80 kali takut lintah pacat. hahahaha. tak tahu dulu aku lah kaki berkubang mcm badak kat paya tu. satu perubahan. memang aku takut sume benda tu. bukan lupa diri, tapi bila something yang dah lama tak buat, mcm-mcm risiko yang kita pikir. nanti kena cacar la, kudis la. dulu-dulu time tak bijak, tak pikir pulak. hahahaha.

hari seterusnya aku habiskan masa dengan memasak di rumah kawan aku. duduk sana belajar masak daging salai masak lemak cili api. Perghh!! sebelum ni dengar jer. tak terfikir nak masak. aku tahu masak masakan kampung ni. tapi kan yang ni tak pernah buat la. rupenya daging tu bezanya disalai or dipanggang sebelum masak. then, masak la lemak cili api macam biasa but tambah kerisik.Wow! lain-lain. aku hepi giler!. cadangnya nak pergi belajar menoreh getah pagi tu, tapi hujan pulak. melepas aku la. teringin sangat-sangat. maybe bole datang lagi. Petang tu pon hujan, jadi duduk kat beranda rumah sambil berbual-bual kisah diri, kisah die. oppsss!! tak mo lari tajuk.

Hari seterusnya, hari sabtu. kami plan nak jalan-jalan bandar melaka dengan kawan pada kawan aku ni. tapi aku xberapa selesa dengan kawannye tu sebab sebelum ni die ada kes dengan kawan aku tu. bukan tak suka, tapi xselesa. akhirnya kawan aku tu decide tak nak keluar dengan budak pompuan tu. hahahahahahaa.. aku suke!. die story baik punye kat mak die guna nama aku “ mak, boleh tak nak gi jalan-jalan kat Melaka dengan kikin and Abang Dhuha”. dah kelentong macam-macam, akhirnya mak die bagi. Perghhhhh!! kawan aku pecahkan record diri die bila kuar malam dengan abang tu waktu malam. sebabkan aku ada, so mak die bagi. memang kau terbaik! abang dhuha tu sape? Oh, die bos kawan aku waktu die keje dekat kedai repair jeans dulu. serius aku kata, first time aku jumpa abang tu, rasa die baik orangnya. tak tahu kenapa. Aku nak jugak tahu bapa umur die. agak-agak dalam late 20 mcm tu. mcm 28 or 29 mcm tu. Ada ke kawan aku gelak bukan main lagi bila aku kata macam tu. actually abang tu umur 42 tahun. Hah! aku ingat dia tipu aku.tapi aku percaya la bila dalam kete on da way nak ke bandar Melaka tu, aku ternampak potostat ic die. tahun 1968 lahir. perghhhh! gila awet muda. Lancang je aku tanya ape tips dia. Jawapan ringkas, tak payah nak guna bio-essence ke, SKII ke, Garnier ke even Natasya sekali pon.. Abang tu jawap, “Sentiasa amik wuduk”. Alhamdulillah, telan air liur aku dengar. sangat tak sangka. ok wat tips tu. abang tu memang good looking tapi pelik macam manelah single. kahkahkah. baru putus katanya. ok lah, nak keluar pon aku tak risau. perangai giler-giler walaupun membe aku cerita yang abang tu orang tabligh before dis. tgok kat ic pon dah tahu gambar. memang different dengan yang sekarang. dengar lagu-lagu rock. senang citer aku selesa kulear aritu. banyak nasihat yang die bagi pada kitorang. seronok bila dengar n ada orang nasihat aku. selama ni aku taking care kat orang je.

Happy disitu. jalan kat bandar Melaka malam-malam. 1st check point, Mahkota Parade. Lain dengan yang aku pergi dulu n dah buat renovation. sale pon bukan main. nasib badan sebab duit tak banyak aritu. then pergi ke Menara Taming Sari. but before tu makan kat Nasi Lemak Antarabangsa kat Dataran Pahlawan. ape kejadah tak sedap. kalo aku tau aku makan kat Hang Lipo, makan asam pedas. Cet! mahal dan tak sedap disitu. pertama n terakhirla aku makan. kahkahkah. naik Menara Taming Sari tu, RM10. Rasanya 7minit kot. memang tak puas. tapi seronok tengok view Melaka malam-malam. cantik. kaya dengan lampu. Gayaaaatttt!! tu yang boleh aku expresskan. memang aku takut tinggi. but puas hati lah. after g Taming Sari tu, aku pon ke River Cruise Melaka. Bayar RM10 jugak. Heaven nek bot malam-malam. nak-nak lepas hujan, angin sejuk. Ouuuhh!! terasa seperti berada di Venice, Italy. I can smell it. ya! smell! bau air sungai tu. sangat harum. kahkahkah. lagi harum bila die memercik kat muka. hahahaha. but sangat menarik view. serious!.aku tak tipu. nak g malam la. bak kata kawan aku si Muszac tu, kalo g siang nampak bangla buat construction jer la.hahaha.

26221602

River Cruise Melaka

Okey! Check point seterusnya, Jonker Street. kadang-kadang orang kata bila excited ni selalunya tak jadi. pas gi river cruise, amik kereta kat parking Mahkota Parade tu, kitorang keluarla nk ke sana. tengah-tengah bandar, malam minggu tu, banyak la kereta, bas-bas pelancong. tengah jalan ikut lane baik punye, ada je yang kacau. kereta kami dilanggar oleh satu bas persiaran yang bawak pelancong daripada Indonesia. ni yang eden tak gomar ni. sape la tak bengang kan. pasal aku and kawan aku tak payah story la. nanti jadi panjang. ni kes kereta yang dilanggar. pintu kereta tak payah citer. sure patah. nasib la cina tu okey nak ganti sume. buat muka cuak aku tengok abang tu macam nak mgamuk. bukan ape. aku rasa kalau laki-laki ni, gelpren die yang satu ni kena langgar, mau hangin kot. aku dah ada experience mcm ni. ada someone yang aku kenal tuh, siap nak tembak orang tu lagi sebab langgar kete die. nasib la tak da senapang or pistol kat tangan. sampai mcm tu sekali marahnya. nasib abang tu redha je. yela, arini memang hari die, xda rezeki nk buat mcm ne. tak pe boleh ganti. tu kata die. tapi aku tak puas hati ler. xdapat g Jonker Street. whoaaaaaaaa… sedih!!..yerla, orang dalam masalah, xkan nak paksa g kan. kita pon buat-buat paham je. dalam hati, kecewa. Malam aku berakhir kat situ. Balik lah. Tak sedap hati. Jiwa kacau. Mood xstabil waktu tu.

Tapi aku dah pasang niat. Melaka here i come! Nak pergi jugak lepas ni. Of coz la akan ajak abang tu lagi. Boleh plan. harap jadi. wah! excited kamu. Then, hari ahad tu aku balik Mersing. naik bas dari Melaka Sentral. Wah lagi! dah maju!.Walau macam ne pon, pengalaman percutian 4hari 4 malam kat Melaka memang sangat best! Terima Kasih Siti Rahimah! nak datang lagi! kehkehkeh

nota.terfikir.sekarang : Gambar tak dapat upload sebab sume pada abang tu. pergi tak bawak kamera. Later Upload! Smile

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!