Followers

Thursday, November 25, 2010

.pada tuhan tempat mengadu.

hari-hari yang sukar bagi aku dah berlalu. alhamdullilah sebab tuhan bagi aku gembira walaupun inside aku kecewa dengan hidup sendiri. mesti semua orang pelik kan? kenapa mesti pertikaikan hidup sendiri. no point sebenarnya. semuanya terpulang pada individu. kalau yang pandai bawak diri, mesti takkan rasa terbeban dengan masalah. tapi pada yang terlalu memikirkan, mesti akan jadi macam aku. nak gelak boleh. tak salah. aku sendiri tak teragak-agak nak bagi tahu yang aku memang tertekan dengan life aku. susah jadi orang yang bernama Norasikin. aku pun tak nak hipokrit dengan orang. bagitau media kata happy dengan life sendiri, tapi sebenarnya tak pun. eh? terasa macam artis pulak. hahahaha.

lepas berlalu semua episod sedih, aku tertanya-tanya mana bahagia untuk aku sedangkan selama ni aku yang membahagiakan orang. sayang kalau kita cuba bahagiakan orang tu, tapi balasannya tak setimpal. bukan mengharap. tapi sebagai manusia, aku tak tipu yang aku harapkan sesuatu yang baik datangnya dari orang yang aku sayang. bila teringat segala yang dah dilakukan, rasa pissed off. aku pun cepat-cepat buang perasaan tu. takut sangat. takut tersalah langkah, tersalah kata. orang akan terasa dengan aku. aku sedar yang selama ni aku hanya memikirkan kehidupan orang lain sedangkan diri aku sendiri aku tak pernah peduli. memang aku sangat mementingkan orang lain daripada diri sendiri. sampai aku lupa hak aku terhadap diri aku. aku kecil dan dunia ni terlalu besar. buat baik pada dunia, tapi lupakan diri sendiri.

contoh: aku ada cokelat, dan aku betol-betol teringin sgt nak makan tapi bila aku tahu orang yang dekat dengan aku teringin nak makan cokelat, aku bagi semua pada dia dengan harapan supaya orang tu gembira. lepas makan cokelat tu, orang tu tak cakap pape pada aku, dan terus pergi tanpa toleh kebelakang. tapi apa-apa pun aku tetap sabar macam selalunya, senyum dan yang keluar daripada mulut aku cuma terima kasih. perlahan. dengan harapan orang tu dengar. ya dia dengar. tapi esok lusa tulat, fitrah manusia, mesti akan lupa. aku kecewa.

semua yang berlaku buat aku percaya yang semuanya ada hikmah tersendiri. terima kasih sebab ape yang berlaku buat aku makin dekat dengan tuhan. bila dulu, apa saja yang berlaku dalam hidup aku buat aku kata aku tak boleh hidup tanpa semangatnya, tapi sekarang aku mampu berdiri sendiri sebab aku percaya, tuhan tu ada dengan aku selalu. padanya tempat aku bercerita dan mengadu. satu perasaan yang tenang dan bahagia. [bukan nak kekwat atau menunjuk, tapi itulah hakikat yang kita kena percaya dan terima]. terima kasih semua. terima kasih pada yang selalu ada dengan aku bila aku perlukan nasihat. dan terima kasih tak terhingga juga pada orang yang buat aku macam ni. mungkin inilah sesuatu yang aku kena percaya. buat baik, akan dapat balasan yang baik. tuhan selalu akan tolong kita, tapi bila buat kurang baik, faham-faham sendiri. Thanks to cik Nur Fatiehah dengan nasihat anda. Percayalah satu hari nanti, kita akan dapat yang terbaik, mungkin lebih baik daripada yang ada sekarang. Aminn..

ss

perkara penting yang aku kena lakukan sekarang adalah bersabar. aku kena bangun. ramai yang tak suka aku macam ni. bersemangatlah! oh yeah kikin! lapar pulak. hahahaha. doakan segalanya yang terbaik buat aku. bukan doakan aku berbuat baik dengan semua orang tanpa fikirkan diri sendiri. ok x? boleh pulak demand nak mtk orang doakan. takpe lah. pape pun kawan-kawan, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu semua. Open-mouthed smile

nota.taksedih : cerita di atas tak ada kena mengena dengan cinta yer anda-anda semua. sayang tu memang selalu ada. jadi sayangi orang yang sayang kita. peace! (^_^)V

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!