Followers

Thursday, December 2, 2010

Aku seorang Debater

Post lagi. ya, memang rajin. rajin update bila aku boring. ni balas dendam sebab semalam xupdate tapi bila aku dah nek sem nanti jangan tanya kenapa dah jarang update blog. almaklum la student. of coz bizi and letih nanti. nak dapat 4flat. of coz semangat daripada CHIPSMORE! ho yeah! pray!pray!pray! mengarok-ngarok punye pasal semalam. memang tekak aku sakit neh. whoaaaa…sob sob..padan muka aku. mengamuk dah tonsil aku.

waktu aku balik mengarok semalam, aku terserempak sorang dua budak skola lama. wallawei! sorry la aku sangat xkenal. bukan makin lawa, tapi makin jantan. kat skola dolu punya la cun. bila habis skola, dah ghope pengkid pon ada. sangat tak sangka tengah jalan orang panggil. siap bagi aku air free lagi. air dalam tin lagi aku amik la. takut orang weng-weng kan aku puyeng. aku macam tak kenal. orang dah tegur aku pon jawab jer la. pura-pura kenal. padahal. dalam otak ligat pikir. sapa lah minah ni. lama berbual. tanya aku study. macam biasa “chemical engineering”. and macam biasa jugak, begini responsnya “wow! wow! hebat lah ko! susah tu!” aku pun manis mulut. cakap mana ada, tapi dalam hati, bangga tak ingat. hahahaha. eh, i deserved for that ok. aku study susah-susah walaupun result xsegempak budak dekan tapi aku survive ape. masih bagus lagi resultsnya.

dalam perjalanan balik tu, otak aku ligat pikir. sape lah budak tu. at last perah punya perah otak, baru aku ingat budak tu. okey. minah tu. yer, si joyah tu [bukan nama sebenar]. super junior aku. ok, aku tak wonder macam mana dorang kenal aku. sebab aku debater sekolah. aku suka dengan microphone. muahahaha. pantang dapat, lancang la mulut aku berkata. teringat waktu skolah bila duduk dalam library study speech. mcam mengarut kan? yes! aku suka berada dikhalayak ramai. aku suka ada dekat stage. aku memang confident and tak pernah takut nak berucap atas stage waktu sekolah dulu. menyanyi pon waktu skola and skola agama pun aku leadernya. so, tak pelik kenapa aku suka karok! hahahahaha.

Masa sekolah dulu, aku debater untuk bahasa melayu and english. tapi bila english, aku cuma jadi simpanan jer. muahaha. aku tak berminat. pernah try, tapi rasa macam kurang kebebasan disitu. terus terang aku cakap yang dua bahasa tu bila di debatkan, sangat lain intonasinya. english debate more pada slow and sinis. tapi debate malay ni ganas dan bertenaga sedikit. sebab tu aku lagi berminat. nak nak aku ni noob sikit cakap orang putih waktu tu. sedikit la. maknanya ada orang lagi bagus dari aku sepiking-sepiking ni. muahahaha. ayat feveret aku “ biar runtuh Tembok Besar China, biar pecah Empayar Missisippi, kami tetap dengan pendirian kami..bahawa……” Ewah cik kikin neh!. Pencapaian terbaik aku cuma sampai peringkat negeri je, kecundang di separuh akhir kerana tajuk tak menyebelahi kami. Cis! susah!

Bila teringat waktu tu, rasa bangga pon ada. so, ramai la yang kenal aku. kira femes la kat skola? tak jugak kot. hahaha. terpulang pada orang yang tengok. kalo tonsil tu jangan tanye la bape kali kena. memang selalu. mane taknya bila terjerit-jerit. adoiyai!. Tapi sepanjang aku tulis blog ni aku mula pikir, sapa dulu team debate aku? Arghhh! Dem! aku lupa siapa. whoaaaa… maapkan aku.. sorang pon aku tak boleh ingat siapa. whoaaaa… kalo terbaca blog ni, roger la aku. kawan, maafkan aku. whoaaa..sob sob!.

Mungkin ramai yang tak tahu aku seorang debater. Jadi pada kawan-kawan, jangan pelik bila aku cakap nak menang je. suka nak argue. dulu cita-cita aku nak jadi lawyer. hahahahaha. tapi ape yang aku cakap berdasarkan fakta. kalo aku tak tahu, aku diam. and lagi, jangan pelik kenapa cara aku cakap annoying and penuh semangat waja bila present. sebab lahirnya aku adalah sebagai pendebat yang setia. wah! LOVE IT! aku dah diajar macam tu. herrr! maafkan aku. aku akan cuba diam lain kali. oh tidak! jangan ajar aku jadi hipokrit! yer! aku pengkritik sejati. so, hati-hati. muahahahaha. amaran keras kerajaan Johor. sob! sob! sob! bukan ku pinta~ lahir kedunia~ [ceh! touching plak! nope! aku macam ni, keras hati sebab aku tak nak orang pijak kepala aku!..ehemmm ehemmmm.. aku cool la. dun wori Smile]

aaaa

Buku yang pernah aku baca dulu

speech,terlampau : aku pun pernah masuk pidato dulu. bab merewang merepek meraban ni memang keje aku. muahahahahaha.

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!