Followers

Thursday, December 16, 2010

.Oh! Praktikal.

Makin weng la kepala aku nih. kejap lagi nak keluar survey nk beli motor and betolkan hp. dah old skool hp aku. pulak tu celup dalam air, memang best. ni sume gara-gara bola sepak nyer pasal la. semalam lepak kedai tengok bola dalam hujan. sedar-sedar hp dah basah. Cet! kena bawak kedai betolkan. rasa nak baling je kan hp nyer xmo guna. tapi bila pikir pasal praktikal. aiyoo.. Hp tu sangat berguna sebab aku guna dua nombor. Maxis and Celcom. Dua-dua ada purpose dia.

Cakap pasal praktikal, baru 4 applications aku antar. buat masa ni yang aku xdapat, company kesukaan aku. Johor Corporation. [Besa lah, anak Johor. Hah! Bangga…] yang len belum dapat reply. Siot! memang la tak dapat sebab mane ada field chemical engineering kat JCorp. Jangan mimpi nak dapat. Kalau dapat pun bila korang-korang apply internship tuk dapatkan experience mcm QA ke, QC ke xpun sebagai chemist. tu yang ada related la sikit-sikit ngan chemical engineering. Die more pada development. Macam palm oil, entrepreneur cmtu lah. tapi tak best la kan kalau skill engineering ada, tapi praktikal kat tempat yang xleh apply. Jadikan sebagai Plan B. Kita KIV dulu k? Aku mengikut kata kawan-kawan aku yang pernah praktikal, katanya, nak cari biar la company yang ok, and da possibility tuk kita keja kat situ. kalau company pun masyukk, nak cari keje pun senang. tu kata diorang la. aku cuma amik experience orang je.

HEADER1

I LOVE YOU JCorp

ada company tu pulak, nak 6month tak nak 2month. tu pun masalah jugak. macam-macam. tapikan tu ok lagi. Yang aku dok bengang-bengang daripada pagi lagi pasal satu company yang namanya gah di Bursa Malaysia. Untung bukan main lagi canang, rugi of coz la kena condem habis-habiskan. Nama besar, website bukan main lagi lip-lap-lip-lap, flash xmo kalah, tapi email kat contact us die tak valid pun. hape benda tah. mcm mane la org nak buat enquiry mcm tu. nak order ke. haishh! tutup periuk nasi sendiri. kurang kesedaran dari segi IT dan marketingnya. Muahahahaha. Sedap je aku kata kan. Tapi tu lah hakikatnya. memang tak masuk akal. Jangan tanya kenapa lately untung tak banyak. hahaha.

Pening kepala pikir pasal praktikal ni. walaupun ada cable, tapi nak try sendiri dulu. tak seronok orang carikan. kena la rasa buat sendiri. nanti kalo kat industry sape nak tolong? sama jugak macam meniru waktu test or final. [Tibe-tibe teringat bicara siswa pasal belajar untuk lulus atau masa depan?]. Terus terang aku jawab tuk lulus. hahaha. Nanti depan boiler ke, reactor ke, bukak la buku tebal kalo xda ilmu. [Amanat di tujukan pada diri ini..ngeee~]. Oh Praktikal!

enclose:: tengah spot satu company ni. Hope dapat. Smile

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!