Followers

Wednesday, December 8, 2010

.Oh! Proud to be ‘Anak FELDA’.

Keluar rumah. ya! off to Johor Bahru. Satu bandaraya yang asing bagi aku walaupun aku duduk kat Johor. Sedap aku kata kan, aku lagi familiar dengan KL daripada JB. mane taknya. tak ada siapa-siapa kat JB tu. yang ada cuma sepupu yang dah lama tak kontek. So, sangat asing. bila asing tuh, jadi excited nak pergi. Melawat adik ku di tampoi! Mane tak asingnya, Makcik-Pakcik aku kebanyakannya semua kat KL and Selangor. Mak Bapak aku je kat Johor. Sebab tu bila balik KL xsempat nak round sume rumah. Kena amik cuti 2minggu kalo nak jalan sana. Takut ada yang kecik ati nanti bila tak datang.

Waktu macam ni ikut highway US memang tak best kan. so kita ikut jalan lama. apa yang aku nak cerita bukan pasal holiday atau g tengok adik aku yang dah nak balik 10hb ni, tapi keindahan alam yang aku lihat pada 1 Muharram semalam. on the way ke daripada umah aku ke Kluang, of coz akan lalu hutan-hutan Mersing. Hmmmm.. Hari yang agak mendung, bapak ku drive, bukak tingkap. Waaaaa.. i can smell that! Bau pokok-pokok hutan. Penah rasa? segar je, sebab waktu tu mendung. lama sikit travel, sampai Batu 28 Kahang, aku dah bau rumput-rumput pulak. Ya, satu-satunya kawasan yang ada sawah dekat dengan umah aku. cet! tibe-tibe johor da sawah kan. Heeeeheee. Ya! Bau rumput. Tak lama tu, hidung aku di sumbat dengan bau tar jalan sambil telinga aku didendangkan lagu dari Senario – Sebelum dan Sesudah. Lagu zaman sekolah rendah dulu hah. Radio Best 104, hanya di Johor sahaja. Terasa heaven, dengan bau-bauan, kehijauan. Thank God! terfikir, masih hidup dan masih ada waktu untuk aku rasa nikmat ni.

tengah feeling-feeling, tibe-tibe turunla manik-manik daripada langit. Haiyer! Hujan! memang tak best la kalo hujan nak jalan. sampai je Kluang, ke Maybank draw duit and bertolak ke JB. Lalu depan McD. Huiii..lama tak makan. On da way ke JB, mendung. hujan dah berhenti. sejuk je aircond luar. Lalu kawasan Felda. Suddenly! Oh! I’m proud to be Anak Felda!. Daripada Felda Nitar 2, lalu Felda Kahang Barat, Felda Ulu Belitong, Felda Bukit Tongkat. Felda Ulu Penggeli, Felda Ulu Penggeli Timur, Felda Taib Andak and Felda-Felda seterusnya. [ceh! padahal tu je yang aku sempat ingat]. sepanjang perjalanan of coz kelapa sawit kiri kanan. tapi most of kebun-kebun dah buat tanam semula. so, xda pokok kelapa sawit. hehehe. cerah mata memandang langit. kalau tak, pokok je lebih. seronok. ya, sangat seronok.

sesampai di JB…… Seronok tu dah hilang. di gantikan dengan flyover, signboard yang banyak, kereta-kereta yang baru balik keje, simpang-simpang. bangunan-bangunan. tak ada lagi keindahan dan kehijauan tadi. huh! boring. Pointnya, aku no wonder kenapa orang suka di kampung. sebab tu lah nikmat yang kita xkan dapat bila dibandar. Tapi Felda mana sama dengan kampung. tak ada lembu-lembu, kambing-kambing berkeliaran macam kat umah kawan aku kat melaka tu. tak ada sawah boleh lari-lari. whoaaaa.. tak ada sungai besar yang boleh aku berkubang macam kobau!.. tapi benda-benda camni ada dekat umah kawan aku fara kat Batu Kurau, Perak and umah kawan aku Ema Alor Gajah, Melaka. Bestnya kalo dapat pergi lagi. Ho Yeah!! Jom bezakan! hahaha. Of coz totally different.

DANGER!! FELDA NITAR 02 ZONE!!

L3

L8

L4

ALERT! JOHOR BAHRU… –_-

J 006A

VMI_200105_01_13_001

P1260698

nota.award : Ya pemilik umah anda lah pemenang anugerah landskap terbaik Felda Nitar 02. Kihkihkih Smile with tongue out

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!