Followers

Sunday, December 5, 2010

.Rocker Berdangdut.

Lambat aku update blog untuk 4 Dis 2010. dah masuk 5 Dis baru nak tulis. hahahaha. senang citer aku bizi sikit. bizi tido. bizi buat kerja umah. bizi bila adik pompuan aku balik. laptop ni jadi hak milik dia pulak. alah, biarlah. lagipon dia baru habis exam. entry kali ni nak tergelak je kan. rocker berdangdut. mana taknya. buat pertama kali aku terngok org berdangdut. cet! terasa murtad disitu. kalo setakat karaoke nyanti lagu memori daun pisang tu ok la kan. hahahaha. entry ni xda gambar sebab xda mood punye entry.

Nak dijadikan cerita ni. tadi aku pergi la penutup untuk Karnival Mersing 2010. sempena keputeraan Sultan Johor. haih! kalut sume dok pakat nak gi. sebabnya ada hero dangdut korang-korang semua la. Semua nak tgok Iwan gelek kat pentas. nak xnak aku pun kena la ikut jugak sebab nak tidur umah pakcik aku kat bandar ni. seriau la nak tido sorang kat umah. punya la bengang aku. standard la kalo tempat macam tu ramai orang. tu yang aku tak gemor. kalo g tgok artis peberet aku A7x tak pela kan. dengan aku-aku sekali headbanging.

segan silu aku kat situ. ape taknya. bayangkan anda dikelilingi dengan pakcik makcik yang seronok tgok dangdut. adoi…..bila nak abis neh. tu jela yang aku pikir. ada pulak yang bergelek. xkirelah perut buncit xbuncit, botak xbotak, laki org ke, bini org ke..sume sapu. ada tu yang sempat mengatal pulak. geli aku. bukan kata aku tak open-minded ke ape. maybe tak kena mood aku. dah la dipaksa ikut, lepas tu nk shopping kat citu xdapek. ayyoooo! sakit mata aku. takkan nak mintak duit mak bapak kan. dalam pukul 11 malam macam tu baru gerak gi umah pakcik aku. tu pon event lum habis. hish!hish! apa pun, aku no komen lah ngn benda ni. hehehehe. aku cuma mata yang memandang. tapi terasa lain je kan bila aku dengar lagu-lagu camtu. hehehehehe. memang tak masuk dengan jiwa aku. muahahaha.. aku tak kisah orang nak kata aku die hard fans rock. sebab memang aku mcm tu. tapi dalam hati ada kebun! hahaha

nota.rock: apakah perasaan anda? hehehe. teringin nak tengok a7x berduet ngn Iwan. hahahahahaha


No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!