Followers

Tuesday, July 19, 2011

Cerita Sedih: KL Gangster

Setelah pikir 18 kali sama ada nak tgok KL Gangster ke tak, akhirnya aku tengok jugak.. Aikk?? Asal rasa sedih pulak.. ok, 1st time tgok citer gangster nangis.. Ape hal la.. Aku tak sangka citer ni best.. Yela aku ni jarang tengok citer melayu. Cerita English pun jarang jugak cuma frequency nya lebih daripada cerita melayu. Ok la bagi peluang pada KL Gangster yang mula-mula aku rasa macam bakal tah pape.. Macam cerita Bohsia tu.. Semua nak seksi. Kesian korang-korang kena pandang. ada yang berpeluh-peluh tengok. Noob betul mereka itu. Muahahahaha… Walaupun dah terlewat untuk aku mengulasnya, tapi aku nak cakap jugak! tak peduli!!.. Aku memang noob citer-citer melayu ni. Pape pun aku support gak tau. Macam Karak. Awal-awal dah tengok sebab KRU Studio. Pastu ada Shahir yang kononnya dengar-dengar sangat berbakat..[Skema betul ayat.. Macam pengulas filem benar je]..Ahahaha.. Lagi pu citer-citer seram ni aku minat sikit. Macam khurafat, aku fans giler, cuma belum sempat LIKE je kat facebook. Kahkahkah. Maap yer.

Poster memang style habis. Dah macam sequels Ocean dah. Aku rasa nak bagi BIG CLAP pada pengarah sebab citer ni buat aku rasa macam tengok Ong Bak. Ditambah dengan sound system umah akak n abang ipar aku neh yang mantap! Selari dengan wayang! Tak payah membazir walaupun aku lil bit too late nak tengok. Ape aku kisah? Yang penting aku tak ada la keinginan yang amat nak tengok. Kejadian bermula bila dinner aku bersama Pak Spaghetti kakak ku yang sedap itu. Dah orang bukak, aku pun join sekali disebabkan tak ada cerita menarik. Takkan nak tengok Ana Lulu pulak.. Erkk! Noob! Sementara nak tunggu si Daim kuar dalam citer Khurafat kat Astro Ria, tu yang layan. Dah mencecet pulak aku.

Selain daripada hero-hero nya yang ensem dan gorjez belaka tu, pengarah ni terbaik sebab buat investment yang banyak kat filem dia. So no wonder la sedap dijamu mata. Ikhlas sikit bila buat filem. Ni kalau filem buat macam tengok citer kartun, bayar tiket wayang pun membazir. Promo kat TV bukan main lagi kononnya macam legend giler lah sampai “Hanya di pawagam sahaja”. At last kuar kat Tonton.com. Kalau marketing strategy pun tak payah la macam tu sekali. Pikir dulu sebelum buat statement. menganaiya orang je nanti. tapi terpulang pada individu. kalo dah die hard fans nak buat macam mane kan. Nasib aku tak terjerat. Lain kali buat review dulu. Unless kalau tengok wayang tu orang belanja.l.alalaalala..

Filem KL Gangster ni pun bagus jugak. 1 Malaysia. Melayu, Cina dan India. Sume ada dalam cerita.

Tapi yang paling tak bestnya bila, lawan-lawan je, merosakkan harta benda awam.. Tapi OK la.. kalo tak, tak da nama gangster. Hahahaha. Hah, satu lagi, patut dipuji, filem ni mengamalkan bahasa melayu baku yang sebenar hampir 88% skripnya. Ye ke? Tinjauan cik Kikin lah. Yang kurang bila term ‘gua’, ‘lu’ dan sebagainya. Yela, takkan gangster nak panggil ‘saya’.. ‘awak’..kihkihkih..

Scene paling aku suka bila adik-beradik aka Malik dengan Jai bergaduh! Mantap! Dah la dua-dua kacak yang amat. Aaron Aziz memang aku admire gila lah daripada dulu. [Ni bukan sebab watak cool die dalam Nora Elena keh!]. Tapi serius, waktu promo filem ni, aku mati-mati ingat Bront Palare yang bawak watak Jai tu. Rupenya Adi Putra. Nice giler!. Memang scene fight die patut dipuji.

Background music pulak nak macam legend kan. Ala-ala filem Ip-man pulak dah. bagus! Dan selalunya bila kita tengok Syamsul Yusof mengarah filemnya, pasti dia watak utama. Tapi kali ni, nice! walaupun si Malik tu hero malaya dalam citer ni, watak Shark berjaya dinaikkan dengan jayanya!. Syabas! Cerita ini menggunakan 3 pelakon wanita sahaja. Terima Kasih. Puas hati sebab tak perlu melihat adegan panas atau suam-suam kuku bersama kegedikan wanita-wanita tersebut. Sekali lagi terima kasih. :)

Walau macam mana pun, ni lah pengalaman berharga dalam hidup, mengajar erti kekeluargaan jugak. Sedih! Sedih! Sedih! Sedih! wooo bila tengok citer ni. Noob! Wakakakaka!

Nota Gangster: ko nk mkn pasir? ko nk mkn lumut? aku xnk..aku nk mkn fish n chip! Hahahahahaha… 

567805s731a4znyp

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!