Followers

Tuesday, July 26, 2011

Gedik-Gedik MTV World Stages 2011 and 30STM

Ok maap. Lambat update. Sebab gambar-gambar sedang di process. Ok, sekarang sure pasal MTV World Stage 2011. Mesti ramai yang pergi. Ye ke? Most of band adalah rockstar! kecuali BEAST!.. Hahaha.. Ada cerita best ni pasal Beast. Lalalala.. Hold dulu..

Pada mulanya aku yang gedik-gedik ni dapat tau 30 Seconds to Mars (30STM) nak datang perform kat MTV ni aku dah gedik-gedik lompat dah. Tapi gaya macam malas nk pikir mane nk dpt ticket. 1 way yang paling cepat, X-Pax la. Tu pun malas nk merayap dekat Blue Cube.

Kisah mula bila akak aku and husband dia gedik-gedik gi honeymoon dekat Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Aishhh! potong betul. Takkan aku nak ikut jugak. Kalau bilik 1 malam hengget-hengget mau gak aku gedik-gedik nak ikut tumpang mandi jakuzi yang tak pernah ada kat umah tu. hahahahaha. Ok fine! Aku balik rumah kedua aku, Pusat Komersial Shah Alam. Asal banyak benar ‘gedik-gedik’ nye?? Hahaha..

Tanggal 16 Julai 2011, aku kompem la merayap sabtu tu. Tempat persinggahan Ole-Ole Shah Alam. Aku and Cik Nur Fatiehah Mahmud. Karaoke macam nak gila. 16 lagu tu 2 orang je bantai. Tapi bagi aku tak cukup! Habis je mengarok, membe aku duk Klang call, Cik Yuyun. Ajak keluar. Aku ajak dating kat I-City sebab dalam kepala aku, aku nak join Roadshow MTV World Stage tu. Wakakaka. Dah alang-alang kan. Takkan nak lepak mamak. Nak terkeluar isi perut dengar ‘mamak’. Bukan nak berlagak, masalahnya aku berminggu-minggu dah makan mamak kat umah akak aku. So, kuar ni kalo bole xmo lepak mamak.

Kat Roadshow pulak, aku tak ada la gedik-gedik nak follow quiz-quiz diorang tuk dapatkan meet ‘n’ greet punye pass. soalan macam haram susah sampai kan soalan bape diameter toilet bowl hotel yang Jared Leto duduk 8 hari lepas!! <—Hiperbola siot! Kahkahkah. Orang lain dok gedik-gedik lompat mintak ticket. Kami COOL je. [Berdiri sambil memeluk tubuh – Konon gaya tak berminat langsung – berlagak la katakan – Padahal dalam hati….. HOIIII!!! AKU NAK JUGAK LA!!]. Nak cite dah kata lucky la kan. ada orang tu siap beli dengan third party dengan harga RM200 tuk 2ticket. Kami COOL je. Tiba-tiba ada seorang abang kacak datang dan berkata “ Hey Girl!! Look, what is in your bag??”. Hargggghhh! Masa tu aku senyum sampei telinga. Ensem tu VJ Utt. Auwww!! Hahahahahaa. Dapat free ticket. Tak kisah la korang yang pergi tu dapat mane. Most of it, dapat free jugak kan. 4 Ticket! Ok la tu walaupun regular pass. Ok dah bersemangat dah. Haha.

24 Julai 2011 - Pergi bersama cik Nur Fatiehah dan tuttttt… memang best. Hahaha..Walaupun beratur panjang, tapi mind set dah kata nak have fun. Sumenya COOL! hahahaha. Terasa muda semula. Walaupun 23 dah. Tak ada la tua pun. Bak kata Opismate aku semua. Tak sabar nak gedik-gedik lompat. Hah mesti tertanye sape yang join lagi. Kami 3orang je. 1 lagi ticket aku buat perhiasan. YES!! Nak ajak orang lain?? Tak payah! Sebab tak semua orang suka duduk tempat macam ni and tak semua kepala rocker! Then,besa lah, bila waktu macam ni, ada lah yang nak buat survey segala bagai. Melayan sorang minah ni sambil tunggu nak register, kami dapat Eco-Button!! Ape hah? Aku pun tak tahu sebab tak check and buka lagi. Save energy kata minah tu.

Tengah beratur, tibe-tibe la hai muncul si Hafiz tu. Host Showdown!! Ngeee... Nak-nak masa tu tengah play lagu “The Kill – 30STM”. Lagi gedik-gedik aku nak nyanyi. Datang Hafiz tu, bagi mickeropon kat aku, ape lagi, seolah-olah aura Jared Leto meresap masuk dalam badan neh hah!. Menyumbangkan suara la kami bertiga. Huuuuuu.. mereka-mereka yang beratur sama pun myanyi beramai-ramai. Kali ni terasa seperti aku Jared Leto yang dikelilingi peminat. Wakakakaka! Then, dapat lah aku RM10!! bukan duit, tapi topup Celcom. Kahkahkah. Nak guna celah mane prepaid tu?? Aku pakai Maxis. Agagagagagaga! Pastu, Bye Hafiz!! Muah! Muah! kahkahkah. Sebijik muka macam dalam Showdown bila jumpa kat luar. BOOOOLLLAAATTT! lols

IMG-20110724-00385 modified

Muka nak kena lempang gaya macam ni lah! Bila dah jadi rocker!

tn modified

Euww… Malaysia is soooo hooottt! Wakakakaka! kalau sakit mata sila tutup mata.

Hah! Ni la masanya.. Waiting list : Pop-Shuvit > Beast > Neon Trees > 30 Seconds to Mars.. masa ni aku dah mengeluh dah, apehal la letak 30 Seconds to Mars last. Then, baru aku faham. Diorang lah main act dalam MTV ni. Sorry yer noob2 sekelian. Abang-abang dapat buat closing! Euwww!!

Stage dibuka oleh Pop-Shuvit. Just nice. Collaboration Pop-Shuvit dengan artis dari Indonesia,Singapore, Thailand and Philippines (Project E.A.R)pun best. aku tak pandai komen lagu diorang. Tak berapa familiar. Tapi suara mantap!!! Oh Shizuka! Marabahaya! Dua lagu ni la yang crowd tahu kot. Termasukla aku. Yang lain pernah dengar tapi tak berapa familiar. nak tambah lagi best bila Man Bai naik sekali. WOW!! Masa tu dah teruja dah!  Syurga-Mu! Lagu baru diorang yang di launch kan dekat MTV World Stages.. Pilihan yang tepat. Tak lama lagi kuar la radio. Masa diorang perform aku dah ingatkan diri aku, jangan over excited. kan 30STM kuar aku tak ada energy dah! Sebenarnya letih kot bila ramai-ramai. Tapi seronok! Errrkkkk!! Cop!! Aku rasa kitaorang dah salah duduk dekat crowd. Dammit!!

Kisah bersambung bila Beast keluar. Memang Beast lah. Sumpah aku tak pernah dengar lagu diorang. hahahaha. aku dok terfikir macam mane lah dorang dapat masuk list MTV. Sebelah kiri aku dok “BOOOOOOOOOOO” bila Beast nak kuar perform. Sebelah kanan aku, VIP cage! Gila kena rasuk diorang ni. Paling ramai Chinese la. Jerit-jerit “BEAST! BEAST! BEAST!”. Shit Happen! baru aku sedar yang aku salah tempat. Macam haram jugak jerit. Bukan aku tak biasa, tapi kali ni luaaaaaaarrrrr biasa... Macam perempuan jerit nampak Justin Beiber lalu depan mata. Nasib sebelah kiri ‘Mars Army’ yang boleh di detect dengan tatu palsu dimuka dengan lambang “Triad”. Semua geleng kepala tengok mereka-mereka yang histeria itu. lalu kami pun terduduk menutup telinga! Wakakaakakak! Horror!!.

Tak tengok langsung beast perform. Aku baru tahu diorang ada pakai baju putih pun dalam gambar kat MTV album. Wakakaka!~ Banyak-banyak lagu diorang yang aku dengar boleh nak tahan telinga tak nanah, lagu “Shock”. Sebab tu la yang diorang jerit-jerit. Habis je Beast, terus diorang bla.. Alhamdullillah.. Sampai security yang jaga pun tak tahan dengan high pitch diorang. Herrrrghhh!

Lepas tu datang la Neon Trees. Memang tak familiar sangat. Tapi one of lagu femes diorang tu “Animal” lah... Semua tahu kan.. Oh oh..I want some more.. Oh oh What are you waiting for..Say goodbye to my heart Tonight.. Drama betul band ni. Siap create cerita atas stage. hahaha. Ok la..tak ada la plain sangat perform. Nothing special melainkan suara yang sedap and bulu ketiak vocalist nye yang sangat panjang. Wakakaak! Di tunjuk setiap masa semasa perform. hahahaha. mereka-meraka ape lagi, bersorak la. Aku rasa macam geli dan rasa nak hadiahkan shaver je. Hahahahaaaaa…

Most of band perform dengan 5/6 lagu je. Tapi lain cerita pulak dengan main act tuk MTV World Stages 2011 ni. 30 Seconds to Mars.

Biasa lah. bila dah legend! Kahkahkah. Ok, suara ada lagi, nak jerit pon boleh lagi. Sebelum Jared Leto kuar, aku dah bayangkan rambut die. Kaler bendera Malaysia. Wakakaka! Yang penah tengok sebelum ni kaler rambut dia Pink and Biru. Stage dah cantik dah. Orang kata bila closing la best. So dorang dapat closing, bantai sampai 11 lagu. Giler mamat ni suara maintain je. Tak tercungap-cungap terkinja-kinja dengan gitar dia.

Aku memang tak mo tahan-tahan dah. control-control tak ada, tak pandang kiri kanan dah. memang enjoy. “JARED LETO!! I LOVE YOU!!!”. Bajet dengar je kan. Kahkahkah. Tapi saje nak enjoy! Jerit bila orang senyap! Baru aku paham kenape pempuan-pempuan jerit nampak Justin Beiber! Sorry! He’s not my taste. Nice! Kahkahkah. Lagi havoc, nak-nak “Mars Army” kat sebelah. dengan rambut punk merahnya. Astaga!!Masyarakat. Hahahaha. 11 lagu kot. Dah macam konsert sendiri.

  • Escape
  • Beautiful Lie
  • Attack
  • This Is War
  • Vox Populi
  • Hurricane
  • 100 Suns
  • Closer to The Edge
  • Search and Destroy
  • The Kill
  • Kings and Queens

Mula-mula je aku dah hangen satu badan kat orang depan aku. Aish akak, kalau nak control ayu jangan dok depan aku. Kang, aku jerit, tak pasal-pasal gegendang telinga rosak. Lepas tu datang pulak seorang lelaki yang berbadan besar diri depan aku. Dammit! Masa tuk balas dendam. 30STM baru nyanyi 1 lagu aku dah jerit name “JARED!!!”. Tibe-tibe keluar soalan mangkuk. “SIAPAKAH JARED LETO?”.

162878_137854836267627_136598839726560_193052_3755398_n Meh, aku kenalkan. Rasa kalo tak tengok Panic Room , Urban Legend, mahupun Alexender.. Gi tengok. Ko mesti nampak muka mamat tu nanti. Pelakon, penyanyi, penulis lirik dan lagu, pengarah dan pengacara. Ok! Enuf! hahaha.

Alexander

Panic Room

Urban Legend

Lepas tu, bila Jared suruh jump untuk lagu search and destroy, orang depan aku ni tak mo pulak jump. Sekali lagi music stop, Jared suruh jump and tanye ape nak buat bila orang keliling kita tak jump sekali. Dengan lantang aku jerit ke telinga mamat n minah depan aku “Kick her/his ass!!!”. hahahaha!! Lepas tu semua orang bersorak. OK Bangga disitu. Dendam terbalas. Nak tak nak lompatla walau ko lebih berat daripada aku! Tu satu hal, dah lompat-lompat tu, si mamat ni 2kali pijak kaki Cik Fatiehah. Kahkahkahkah. Apa lagi, hangen satu badan teha. Siap ada adegan tolak menolak lagi. Aku COOL je kat situ. bukan tolak badan je, ada pulak yang gedik-gedik lompat, rapat-rapat pulak.. Ape lagi, si tuttttt yang bersama teha tu tonjol je kepala budak tu. Tapi tegar giler melompat lagi! NICE! Hahaha.. Aku COOL! Ahahaha.

Giler suara dia memang mantap. Tak berubah langsung. Lepas nyanyi cakap pun tak mengah. And bila kamera menghala ke Tomo, semua jerit “Tomo, I LOVE your beard!!!!”.. Ahaha.. Bila hala ke Shannon yang tengah men drum, ape lagi, histeria semua. Tibe-tibe telinga aku bingit ada orang jerit “ Hey two Leto's over there!! I LOVE YOU!!”.. hahahaha.. Ok fine, aku tak marah. COOL :D.. ada geng! menjadi..

Biasalah bila ada mula, mesti ada akhir. Kebanyakan yang datang memang nak tengok 30STM. Kalo Avenged Sevenfold datang, jadi ape aku tak tahu lah. Tapi si Jared Leto memang pandai amik hati rakyat Malaysia. Dah macam PM. No wonder Arnold susah nak eja tu boleh jadi Gabenor California.. Public Relations terbaik diaorang ni! Ketika tu baru aku tahu yang international artist tak bole pegang bendera Malaysia. Ikut logik, mane2 foreigner pon xboleh kan. Selama ni benda ni tak di concern kan. Aku pun tak pernah amik port. Tapi bila Jared kata lebih kurang macam ni maknanya “Saya suka bendera kamu, tapi saya tak boleh pegang dan saya teringin nak pegang, sangat cantik”. mane taknye. bendera Malaysia sama dengan United States punyer. Beza bintang bulan je and stripe merah putih tu. Moral: Rakyat kita patut contohi, untuk menghargai negara lebih daripada orang luar. Ok, petik kata dia lagi “Malaysia is a beautiful country, and we need to fight for our happiness!!!”.. memang tak dinafikan lagi potential band ni. Dorang ni duta pada keamanan dan kesedaran. Contoh macam diorang fight tuk Global Warming, pencairan kutub utara and kepupusan binatang Artic. Giler salute!! Contoh music video, Beautiful Lie.

Bila nak habis performance, rasa tak best sebab benda ni bukan selalu ada kan.. Bila Jared kata “BYE” lepas lagu “Closer to The Edge” ada yang dah start balik, tapi aku rileks lagi. COOL.. Hahaha. Masa tu lah semua start “ENCORE”! Band dah masuk belakang stage. Semua jerit nak lagu “Kings and Queens”.. dan masa tu da la 5minit semua org encore. nyanyi intro untuk Kings and Queens tu. “Giler sedih..Giler Mengharap.. Asal diorang ni tak kuar2?”.. tu ayat yang aku dengar dari orang keliling aku.. siap ada yang nangis lagi. Yang pengsan tak tahu bape. Memang Epic lah performance diorang. Tapi, 30STM tak keluar pun. Memang bagus semangat rakyat Malaysia ni.. Berkobar kobar. Tak putus asa. Keep encore for Kings and Queens.

Finally..

30STM and Jared Leto keluar jugak.!!!! Giler nice!!! tapi standard concert memang mesti dorang keluar jugak. Sebab tu diorang keep encore. Paling best bila dorang promise akan datang Malaysia buat concert sendiri!! Becoz Malaysia is beautiful. Masa tu fatiehah kuar statement, kalau ada aku sanggup beli ticket pergi. Hahahahahaa.. Tak pergi siap ko ar!! masa tu lah Jared point orang naik atas stage. Giler bertuah. Aku?? Nak naik stage?? Harapan sebab aku pakai T-Shirt Avenged Sevenfold!! Arghhhhh!! Kalo tak dah lari! Auwww!! Seronok dapat hug-hug Jared Leto. Kahhkahkah.

Scene paling kelakar bila Si Jared tu cuba cakap melayu. Kononnya nak sebut “I LOVE YOU” – He tried to say 'saya sayang kamu' but end up saying 'saya payang tamu'. Ahahahaha. Nice try! Catch it up at MTV. Tune in to the on-air premiere of MTV World Stage Live In Malaysia 2011 on August 8, 2011, Monday, 10pm (WIB), 11pm (SG/PH/HK), 12 midnight (MAL)!

Bila aku pandang gambar atas tu buat aku pikir, dan perasan yang sebelum ni 30STM ni 4orang. Bukan tak tahu, tapi recall. So, thats why la dorang tukar logo baru “Triad”. Gi lah cari makna dia. Then baru faham. Sebab sekarang bertiga sudah!~ Noob tak? Yelah, dah 3tahun sampai ke tahun ni tak ada album baru. Tapi lagu tetap fresh and hit! Totally Beautiful Lie. :)

Tapi bila habis ni rasa noob bila MTV cuma post 2 je gambar 30 Seconds to Mars kat album diaorang. Tak mengenang budi betol. Dah la kamera tak boleh bawak masuk. Nak harap kamera HP, macam bole zoom secantik DSLR. Mengong! Pissed Off di situ.

Ni petikan daripada komen-komen diorang kat MTV punye wall:

  • 30 Seconds To Mars makes the Concert ALIVE! great opening by Pop Shuvit and Superb awesome closing by 30 Seconds To Mars! Great performance by Neon Trees too!
    No offense but I have no idea what so nice about Beast.
  • I'm proud to be there... MALAYSIAN ''KING AND QUEEN'' HAS BEEN ''ATTACK'' BY JARED. FEELS LIKE ''THIS IS WAR''. WHEN JARED AND THE REST STANDING AND START ROCKIN IN FRONT OF ME ITS SO ''CLOSER TO THE EDGE'' EVERBODY START CRAZY AND START BEEING ''ANIMAL'' SO WILD. AFTER END OF THE PERFOMANCE I JUST WOKE UP. AND FEELS LIKE ''THE FANTASY'' AND I WONT BELIEVE THAT I HAD JUST SEE ''30 SECOND TO MARS'' PERFOMING LIVE IN MALAYSIA.! HOLY SUPERB.. Lol. = )
  • That was awesome!!! 30 seconds to mars performance was totally EPIC!!!!
  • JAREDDDDDDDDDDD LETOOOOOOOOOO !!!! ♥ FInally saw u LIVE ♥ I LOVE U !! ♥ U GUYS ROCK ! /m\
  • thanx MTV! worldstagemy is BEAST AWESOME!
    30stm ROCKIN awesome!~
  • B2ST WAS AWESOMEEE ! ♥
    it was exhausting but, b2st ASDFGHJKL!! ♥

More info on the timeline of MTV World Stages : Click!

http://blog.mtvasia.com/2011/07/24/mtv-world-stage-live-in-malaysia-2011-live-blog/

Thirty Seconds to Mars

Note: Sakit badan melompat! Sakit leher buat head banging, sakit kaki diri 8jam, Sakit hati kaki kena pijak, sakit hidung bau orang smoking, sakit mata tengok orang hug2 jared, sakit tekak sebab ter’scream’ lebih2.. Tapi…… PUAS HATI YANG MELAMPAU-LAMPAU sebab ada kat situ! Entry harus di save supaya aku tak lupa benda ni. Mekaseh reader sebab sabar baca entry yang terpanjang penah aku tulis! HIDUP 30 SAAT KE MARIKH!!!

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!