Followers

Thursday, July 28, 2011

Jawatan Kosong: Pengarah Lakonan - Bola Sepak Malaysia

JOM CAKAP PASAL BOLA YANG DAH HABIS!

Cakap pasal bola, match dah habis. Malaysia VS Singapore. Singapore menang. Aggregate 4-Malaysia, 6-Singapore. Pape pun SYABAS! Malaysia memang terbaik. Tak mudah putus asa. Mungkin ni adalah permulaan bagi kita. Siapa tahu lepas ni ada lagi luck. Dan syabas juga pada player Singapore sebab menjadikan Stadium Bukit Jalil super duper HOLLYWOOD. Lakonan anda semua mantap-mantap belaka. Nasihat Kikin, kalau nak berlakon di layar perak atau layar emas. Bukan atas padang. Ermmm.. Mungkin pelakon-pelakon mantap tersebut mahu memperlihatkan keberkesanan lakonan mereka kepada lebih 90,000 penonton wayang Malaysia. Siapalah headmaster aka Pengarah dia.

Bagi Malaysia..Adegan paling best bila ada dua ‘killer’ sepak takraw dalam padang. Nice! Biasa kita tengok Shaolin Soccer. Kungfu+Football. Kali ni kita mixkan takraw+football. Nice jugak!.. Dan satu lagi, aku like habis adegan bengang Safee Sali bila penjaga gol Singapore lengah-lengahkan game. Tampar menampar siot. Manja! Euwww! Bagus!! Hahahaha.

Player Malaysia memang EXCELLENT macam aku jugak [Puji diri sendiri].

Tak apelah! Yang penting aku COOL malam ni. Tak melenting tak apa. Lantak lah. Kenyataan harus diterima. Komen banyak-banyak pon bukan boleh tambah mata. Jadi, sokonglah negara kita 200%. Jangan tahu kondem je. Membazir masa lah. Tak tengok pon tak pe lah. Cuba ko yang main..bukan setakat banjir, tsunami padang. Berlipat-lipat bergulung-gulung rumput. Permukaan bumi tak terima. Jadi, be positive.

Jadi iklan jawatan kosong la ni.. Rujuk ke Note..

Note: Rasanya pemain Malaysia kena amik kelas dengan Erma Fatima kot nak berlakon atas padang. Nice kan? Jadi apa kata kita hire Erma Fatima? Supaya football kita pon HOLLYWOOD macam Singapore!

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!