Followers

Tuesday, July 12, 2011

Recap for Malaysia: The Memories (Before and After the Incident)

Sekarang dunia Malaysia tengah sibuk membincangkan soal politik selepas perhimpunan haram Bersih 2.0 tu. Paling obvious sekali kat facebook, dimana kawan2 aku berkumpul. Secara peribadinya aku rasa sedikit kesal dan sedih disitu. Rasa menyampah nak baca status-status orang pun ada. Balik-balik pasal hal tu. Aku pun tengok berita,baca paper,kat tempat keja ada jugak citer-citer. Tapi lepas tu habis kat situ je lah. Tak ada nak emo. Bak kata opismate aku, biasa lah darah muda. Tapi serius aku menyampah nak dengar benda-benda tu. peduli lah orang nak kata tak cuba nak mempertahankan hak sendiri atau rela ditindas. Yang penting aku tahu ape yang aku buat. Aku tak larat nak shout2 kat luar sana. Aku tak peduli sebab benda tu menyemakkan pemikiran aku yang sedia semak. Yang aku tahu, yang aku pikir sekarang, aku kecewa bila tengok ape yang berlaku. AKU SEDIH.

Dulu aku ingat lagi, tak kira lah waktu kecik sampai sekarang, bila update diri depan tv, tengok pasal war, tunjuk perasaan kat negara lain.. Ape yang aku pikir? “Kesiannya diaorang negara tak aman. Nasib baik Malaysia tak macam tu”. Tapi sekarang bila jadi kat negara sendiri aku jadi malu pada orang luar yang pandang Malaysia. Dorang mesti fikir sama macam yang aku fikir. Tapi apa aku boleh buat?? Jerit-jerit?? Tidak lah. Aku dah besar.

Bila jadi macam ni jugak, aku mula pujuk hati supaya tenang dengan semua yang jadi. Cuba kita jadi positif. Daripada melalak pasal benda yang tak berfaedah, cuba lah kita share antara satu sama lain, waktu kita sama-sama gembira dulu. Korang tak ingat ke? waktu dan sebelum semua ni jadi??

bila 31 Ogos.. Kita sama-sama jerit “MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! kat stadium and nyanyi lagu negaraku. Korang tak rasa bangga ke waktu tu? Kita merdeka. Aman. Jadi kenapa sekarang kita Shout! Kan dah huru hara negara. OK! AKU SEDIH.

merdeka Penat je Tunku gi London kalau rakyat tak pandai hargai

bila menang AFF Suzuki Cup!.. Ultras Malaya nyanyi lagu negaraku sama2 kat stadium. Jerit nak kan victory! Kita menang! Kita menang! Pernah rasa sedih sebab menang waktu tu? Terharu? Semangat Malaysia tu terasa sangat-sangat. Masyarakat berbilang kaum, tak kisah ape pegangan politik, lain2 agama pun tak kisah. Bangga aku tengok. AKU RASA. AKU RASA SEDIH sebab terlalu gembira. Tapi sekarang? Isu kaum, agama pun nak politik kan. AKU SEDIH LAGI.

101230013522 Letih je lari kat tengah padang kalau kegembiraan tak berkekalan. :\

Bila datang hari raya.. Tak kisah lah raya puasa ke, Chinese New Year ke, Deepavali even Christmas pun, kita satu Malaysia tetap sambut sama-sama. Semuanya hepi! Ada hari terbuka, and semua gather sama-sama. Semangat tu yang aku suka nak tengok. YANG NI AKU GEMBIRA. Selagi masih di praktikkan.

284374116_6b44918d59

Tapi, sekarang ni? Apa? Aku pun tak faham. Rasa lain lah. Tak sama macam dulu lah. Sebelum buat sesuatu, tolong fikir. Kita negara sedang membangun. Kalau kita huru hara, macam mane pelabur nak invest? Macam mana pelancong nak datang? Macam mane ekonomi nak stabil? Nanti subsidi tak ada, kita jugak yang bising semua mahal. Lepas tu kuarlah macam-macam. tu tak kena, ni tak kena. Kita tak pernah puas. Bagi betis memang semua orang akan mintak peha.

Patutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Apa pun yang jadi, balik lah pada yang asal. Disisi tuhan, kita semua sama. Aku blogger biasa, yang rasa SEDIH dengan ape yang berlaku. Maaf kalau tulisan aku menimbulkan rasa tak puas hati pada sesiapa. Apa yang aku harapkan cuma keamanan yang hakiki. :).. Sudah-sudah la tu, bagi lah saya rasa bangga jadi anak Malaysia. Supaya tak SEDIH lagi.

merdeka1 

Nota.kecilku: Fuhh! First time blogging untuk negara! Yeah!

567805s731a4znyp

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!