Followers

Wednesday, August 10, 2011

Tonight: Feel Calm.. :)

Entah kenapa, bingung rasanya untuk fikir apa tajuk entry hari ni. Dalam kepala aku sekarang cuma fikir, sunyinya malam ni.. Tenang.. Terdengar suara abang ipar aku mengaji Al-Quran. Alhamdulillah.. Bulan macam ni memang masanya untuk kita banyakkan buat ibadat. InsyaAllah, aku pun tak kan lupa untuk itu.. Cumanya, impian nak solat terawih dekat masjid untuk tahun ni belum kesampaian.. Ada yang nak bawak? Sangat berbesar hati. Harap-harap habis praktikal 19hb Aug ni, balik johor, dapat ke masjid dengan abah. Aminn.

Cakap-cakap pasal bulan ni, teringat pulak waktu raya. Hehehe. Dah start dah. Baru hari ke 10, awak puasa baru 3 hari. Hehehe.. tak da, risau baju raya tak cari lagi. kaler pink purple tahun ni.. Yeahhh!!!.. Tapi masih mencari. Aishhh! Mak nak belikan, tak nak. Ye la, dah besar ni teringin nak beli sendiri baju raya plus tak nak susahkan.. Ok, tamat.

Berbalik pada malam ni, harapnya tak perlu menunggu bulan jatuh ke riba.. Heee… InsyaAllah.. Doa hari-hari sudah.. InsyaAllah juga kalau tuhan benarkan aku untuk tak menunggu, mungkin ada, mungkin tak ada. Ape-ape pun, Alhamdullilah.. Ketentuan.. Manusia bole merancang je. Ok lah, terawih jom! :)

Note: Tunggu teacher lah. Banyak benda nak tanya..

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!