Followers

Monday, November 21, 2011

5 Perkara Penting Yang Lelaki Perlu Tahu Tentang Perempuan - Farisha

1. MASA

Wanita ingin merasa dirinya penting. Jika mereka dah betul-betul serius dalam sesuatu hubungan, mereka ni tak akan berhenti merancang masa depan diorang.

Kikin: Jangan pelik la kan bila perempuan cerita pasal kawin ke, nama-nama anak ke, nak anak berapa ke, kembar tak kembar ke hape, nak pegi honeymoon mana, rumah idaman ke, kereta idaman ke.. Biasa la tu.. Layan je lah.. Tu maknanya, diorang ni serius..

2. KEJUJURAN DAN KETERBUKAAN

Wanita akan selalu meragui pasangannya disebabkan takut ditipu atau terlebih yakin. Lelaki patut jawab semua pertanyaan mereka meskipun itu soalan remeh seperti “ U rasa I ni makin gemuk ke?’, “Dia tu lagi cun dari I ke ?'”.. “Cantik tak I harini?” Biarkan wanita tahu apa yang korang fikir sebab wanita kan lebih konfiden dan bangga dengan pasangan diorang kalau mengakui apa yang tak kena atau apa-apa je yang menganggu diorang.

Kikin: Bila baca ni betul jugak. Selalunya perempuan nak nampak semuanya baik depan lelaki. Nak jadi yang sempurna, tapi mana ada yang sempurna.. mesti ada je yang tak kena, tapi jangan la sampai menipu pulak lelakinya. Cakapa yang jujur je.. Tak cantik cakap, cantik pun cakap.. respons daripada lelaki adalah penting sebab tu menunjukkan yang kamu prihatin pada dia..


3. PERASAAN SELAMAT

Korang tak perlu lah sampai bina badan untuk buat wanita rasa selamat. Selamat di sini bermaksud selamat dari segi kewangan, emosi, ataupun kebimbangan. Jadi lebih matang dan pertahankan dia. Biar dia tahu yang korang boleh buat keputusan dan tegas dengan keputusan tu. Kebanyakan wanita suka bila pasangan diorang sentiasa memimpin dan ada cara untuk melindungi diorang. Sentiasa bersama dengan diorang dalam keadaan yang sukar walaupun masalah tu berpunca dari diorang.

Kikin: Alahai.. sebenarnya perempuan ni rasa bangga bila ada lelaki yang boleh jaga dia.. Tak perlu jadi abang gagah perkasa yang boleh tumbuk semua lelaki yang datang kacau, cukup untuk ada selalu..

4. JAGAAN PENUH KASIH SAYANG

Semua wanita suka dijaga dengan baik dan dilayan secara istimewa. Korang patut periksa keadaan kekasih korang dari masa ke semasa walaupun tanpa sebab.. Sentiasa lawati diorang walaupun diorang tak sakit dan luangkan masa untuk dia..

Kikin: Apa yang perempuan nak cuma perhatian. Melihat keadaan sekeliling cik Kikin la kan, kadang-kadang ada jugak yang pura-pura merajuk sebabnya nak tarik perhatian si lelaki.. Boleh kah? Hahaha.. Cik kikin belum sampai nak buat mcm tu la kan.. Hihihii

5. BUAT KEJUTAN

Kadang-kadang wanita mengharapkan terlalu banyak dari lelaki sebab tu diorang selalu kecewa. Buat surprise yang dia tak jangka akan ceriakan dia serta buat dia rasa lebih disayangi..

Kikin: Waaaaaa… ni part yang paling best.. Memang perempuan suka suprise-suprise ni.. Ada lah membe kat umah ni, sakit perut katanya, nak minum susu.. Tiba-tiba si lelakinya telefon suruh buka pintu depan rumah.. Tengok-tengok ada susu.. Terus tak sakit.. Hahaha.. Tapi hakikatnya, macam tu lah.. Tak dating pun tak pe, asal dapat tengok muka si lelaki datang. Ni betul-betul rindu dah.. Macam orang dulu kata, tak jumpa pun tak pe, asal dapat tengok bumbung rumah. Hahaha..

P/S: Banyak lagi.. Tapi kan, terasa nak hadiahkan “KAMUS PEREMPUAN” pulak kat sidia.. Tapi cik Kikin tak lah selfish.. Nak dia faham kita je, tapi kita tak faham dia.. Jadi, caranya, Cik Kikin selalu jugak google pasal lelaki ni.. OK, Jadi lagi faham macam tu.. Wink! Wink!!

3 comments:

  1. Hi, grab your tik tok here http://widgetindex.blogspot.com/2011/11/tik-tok-for-kikinsynysterblogspotcom.html

    ReplyDelete
  2. hye there! follow me back?
    I'm a fans of avenged sevenfold & syn gates too! :)

    ReplyDelete
  3. Hey there! already follow you back! By da way,love you header.. :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving a comment. If you have a question, I can get back to you so much quicker and easier if you email me...my address is on my sidebar. Thanks! And Remember.. BE NICE!